Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 217:
Ringkasan tafsir;
Dalam
ayat ini ada dua cerita hukum;
.1)
membicarakan hukum perang dalam bulan haram (Rejab) disekitar dan didalam
MajjidilHaram. Maka alkisah berlaku kepada 7 orang angkatan perang yang
dihantar oleh Rasulullah untuk meninjau dan mengitip pergerakan orang kafir di
Mekah dan sekitarnya, dan peninjau berjaya memerangi satu kabilah kafir
melintasi kawasan itu dan dan memanah salah seorang kabilah itu lalu mati dan 2
orang lagi ditawan, dan selepas itu diketahui kejadian itu oleh Rasulullah, dan
Rasulullah telah meruka dan enggan mengambil harta rampasan perang yang dibawa
oleh sepasukan peninjau itu, kemudian angkaatn peninjau menjelaskan bahawa
mereka tidak pasti dengan melihat anak bulan bahawa mereka tidak dapat menentukan
hari itu sudah masuk bulan Rejab atau belum masuk bulan Rejab, sedangkan ketika
mereka meninjau sebelum bulan Rejab lagi, iaitu bulan Jamadulakhir yang akan
masuk bulan Rejab. Maka turun ayat ini
memberitahu bahawa berperang pada bulan tersebut adalah berdosa, tapi adalah
lebih besar dosa yang dilakukan oleh orang kafir Mekah yang menghina dan
menghalau dan menghalang Rasulullah dan orang Islam masuk Mekkah adalah lebih
jahat lagi. (....dan seterusnya lihat ayat 218).
. 2) Orang
murtad itu akan hilang pahala kebajikan dan amalannya, dan hendaklah mereka itu
kembali kepada Allah, dan sekiranya mereka enggan maka hukum bunuh hendaklah
dilaksanakan kepada mereka yang murtad. Ada pun orang murtad itu adalah tidak
boleh menerima sebarang warisan dari ibu bapa kerabat yang meninggal dunia dan
tidak boleh diberi bantuan, harta semua disita. Bagitulah hukuman kepada
orang-orang murtad sebagai pengajaran kepada manusia.